BILANGAN PENGUNJUNG

Ahad, 10 Julai 2016

AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua murid, ibu bapa dan guru-guru

Aktiviti kokurikulum Unit Beruniform dan Persatuan akan dijalankan pada:

Tarikh  : 13 Julai 2016
Hari     :  Rabu
Masa   :  2:15 petang - 4:15 petang

Mohon kerjasama ibubapa dan penjaga menguruskan pengangkutan/ makan dan minum serta kelengkapan dan keperluan bagi aktiviti kokurikulum tersebut. Sila bekalkan air minuman/ air kosong secukupnya bagi mengelakkan anak-anak kehausan


SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITIRI PERINGKAT SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa pada

Tarikh : 15 Julai 2016 
Hari : Jumaat
Tempat : Tapak Perhimpunan

Mohon kerjasama semua ibubapa menyediakan sedikit juadah untuk dikongsikan bersam-sama dengan murid.

Makanan yang dicadangan untuk murid bawa ialah :

Tahun 1Angklung, 2 Angklung, 3 Angklung dan 4 Angklung :  Mee atau Bihun Goreng

Tahun 1 Canang/ 2 Canang/ 3 Canang/ 4 Canang  :  Nugget / sosej

Tahun 1 Rebana / 2 Rebana / 3 Rebana / 4 Rebana  : Minuman

Tahun 1 Nafiri / 2 Nafiri / 3 Nafiri / 4 Nafiri  kuih muih / kek

* Makanan lain juga digalakkan.

Pakaian pada hari tersebut ialah pakaian raya iaitu baju melayu bersamping, bersongkok, berkasut.

Murid tidak dibenarkan memakai sandal atau selipar jepun. kasut bertumit tinggi dan pakaian ketat yang tidak sesuai tidak dibenarkan. terima kasih

0 ulasan:

Catat Ulasan