BILANGAN PENGUNJUNG

Rabu, 13 Julai 2016

Aktiviti Kokurikulum 13 Julai 2016 - Kelab dan Persatuan

 Pada 13 Julai 2016 ( Rabu ) Aktiviti kokurikulum dijalankan di Sk Putra Heights 2 iaitu Kelab/ Persatuan. 

 Persatuan Bahasa dengan kehadiran murid seramai 49 orang. 
 Persatuan Bahasa dijalankan di Bilik SAL. Aktiviti yang dijalankan dimulai dengan membaca dan menghafal Misi dan Visi Sekolah.
 Murid-murid juga didedahkan dengan unsur-unsur Patriotik melalui Nyayian Lagu Negaraku dan bacaan ikrar Rukunegara.
 Persatuan Sains dan Matematik pula memulakan dimulakan juga dengan Nyanyian Lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan aktiviti membaca dan menghafal sifir. 
 Persatuan Sains dan Matematik menjalankan aktiviti di kelas 4 Nafiri 
 Persatuan Sains dan Matematik dihadiri oleh murid seramai 27 orang
 Kelab Rukun Negara memulakan majlis juga dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Ikrar Rukun Negara dan aktiviti ice breaking dan kuiz patriotik.

  Kelab Rukun Negara mempunyai ahli seramai 40 orang dan menjalankan aktiviti di Kelas 4 Rebana
Persatuan Agama Islam mempunyai keahlian seramai 39 orang. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa, Nyayian Lagu Negaraku, Bacaan Ikrar Rukun Negara dan nasyid.

0 ulasan:

Catat Ulasan